~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Thursday, April 21, 2011

~ REGATTA LEPA ~

assalamualaikum..
apa kabar sume orang-orang kampung hari nie sihat ke?

" REGATTA LEPA "


hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang semua mengenai satu pesta yang agak popular  dikalangan rakyat Sabah..nak tahu apa?ha tu cuba usha sikit gambar kat atas tu...kot-kot lah ada muka tak comel korang TERenterprem kat situ heheheh....

semalam bersamaan dengan 20.APIL.2011,aku pi la menyibukkan diri ikot ngan mama aku jenjalan g Semporna..(Semporna?kat mana tu?nak tau?meh aku bagi tunjuk kat korang peta Sabah ok )


Malaysia Map - Map.com.my - Peta Negeri Sabah, Malaysia
( dah tau kan Semporna tu kat mana?heheh )

nak dijadikan cerita sampai jer kami kat sana...fuhh!!!memang jem giler pekan dia...bukan jer jem kenderaan tapi juga jem ORANG...ye la dah nak dekat sambutan LEPA gtu lah keadaannya...semua orang berpusu-pusu tayang muka...hahah...meriah sungguh pekan tu...
sempat juga lah aku TAKE PIC...tapi tak der la banyak mana dah tu tak der la juga cantik mana pic tu..ala kadar jer...*tapi tak mo la tayang kat cnie hahah...**

eh..berjela-jela la pula crita merapuh aku nie...mesti ada yang berasap-asap dah tunggu aku start dengan tajuk aku tu....ok2 sorry orang-orang kampung TERlajak cerita aku...
*betukarr!!! back to normal*

REGATTA LEPA nie merupakan satu pesta yang mana dah menjadi satu tradisi bagi suku kaum bajau di Semporna...bila tiba bulan APRIL pasti pelbagai persiapan yang dorang buat untuk menyambut pesta nie..LEPA ni bermaksud "bot" bagi suku kaum bajau..lepa nie juga dihasilkan oleh mereka sendiri..dengan bakat seni pertukangan yang ada pada mereka maka terhasillah

View Image

bot-bot yang cantik dan indah macam kat dalam gambar diatas nie....nak usha lebih banyak pic macam?meh rajinkan jari-jari mungil anda untuk KELIK DENGAN COMEL kat sini
bot-bot nie bukan sahaja digunakan untuk tujuan pesta nie tapi ia juga digunakan untuk menjalani aktiviti-aktivi seharian mereka seperti menangkap ikan dan juga sebagai kenderaan harian mereka..ha jangan ada yang tak tahu bahawasanya kat semporna laluan yang sering mereka gunakan adalah laluan air..so kalo nak ke sesebuah tempat tu kenalah naik bot nie..biasanya mereka bertapak dikawasan pasar ikan kat pekan Semporna tu..
View Image
gnie la keadaan ketika menunggu penumpang bot...

selain menjadi satu tradisi bagi mereka PESTA REGATTA LEPA ni juga menjadi "batu loncatan" untuk mereka khususnya kaum bajau,untuk memperkenalkan kepada dunia tentang budaya dan tradisi mereka...biar tak lapuk dek dimakan semut..eh usia hehehe....memang meriah pesta nie,,bukan jer penduduk Sabah tapi semenangjung Malaysia pun banyak yang berkunjung....om puteh pun ramai juga...dan disebabkan itulah pesta nie telah dimasukkan dalam rekod PESTA AIR MALAYSIA...gempak gtu...sepanjang laluan menuju ke pekan Semporna nie mata sepet kita pasti akan dipukau-pukau oleh keindahan warna warni SAMBULAYANG....benda nie merupakan lambang kaum bajau hehe...its like a flag....waktu majlis kahwin pun sambulayang nie pasti akan terpacak indah depan rumah pengantin....

banyak lagi lah mengenai REGETTA LEPA nie yang boleh kita kupas pastu potong-potong macam buah tembikai..yummmyyyy sedap hingga menjilat jari...kalau nak tahu lebih lanjut KELIK LAH SINI macam-macam korang boleh tahu...everything inside hehe.....

before aku menamatkan kisah nie meh aku sajikan korang sikit dengan santapan berguna lagi lemak berkrim....

LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.
Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.
sumber berkhasiat : SABAH

see...siti nurhaliza pun tak ketinggalan untuk mempelajari tarian suku kaum bajau nie...

p/s : enjoy ur LEPA-LEPA!!! 22.april.2011 sampai  24.april.2011....kalo aku tak silap ler...so mari kita ramai2 meriahkan pesta nie.....


No comments: