~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Tuesday, May 10, 2011

~ GANTUNG SEKOLAH 14 HARI JER????!! ~

assalamualaikum...
selamat pagi semua....mulakan hari anda dengan senyuman yang paling sweet dalam dunia...

Go to fullsize image
ngehhhhh..comel apa monkey nie eheheheh.....
ok2..terserahlah korang nak senyum macam mana skalipun kan eheheh..janji korang senyum...

ok balik kepada main point utama aku...
seyes nak kata aku rasa macam nak sepak orang pun ada,,
nak bagi penampar 3kali pun ada..
heiii macam2 lagi la feel yang ada masa aku tengok satu video kat facebook..
meh aku bagi tunjuk kat korang...kot2 ler korang belom tahu lagi kan...
usha kat bawah nie ok

korang dah tengok kan???
first time aku tengok video nie memang aku rasa hangin satu badan....kejam tol dorang buat macam tu dekat budak tu tau...
apa jenis pompuan la budak2 tu kan....parents dorang tak ajar dorang ker cara nak hormat orang lain?
eiiii geram aku tau..rasa macam nak lempang jer budak2 pompuan yang dok membuli tu....
dorang ingat sekolah nie medan perang ka??memang aku tak puas hati sangat2...kalo korang aku tak tahu la pulak tapi yang pasti mesti korang pun rasa hangin kan...berikutan penyebaran video buli nie..budak2 pembuli tu telah pun di ambil tindakan keatas dorang....meh kita usha apa yang dorang terima....


jelas tak???kalo tak jelas mari aku perbesarkan
korang baca baik2 kat bawah nie yer....



Empat pelajar perempuan sebuah sekolah di

 ibunegara yang

 didapati  terbabit dalam kes buli digantung sekolah

 14 hari.

Keputusan itu diambil Kementerian Pelajaran

 setelah 

siasatan terhadap kes itu selesai.

DATUK DR WEE KA SEONG / TIMBALAN

 MENTERI 

PELAJARAN

Saya minta perkara ini dijadikan sebagai satu

 pengajaran

 kepada semua. Ini adalah satu kes yang kita

 pandang serius

 dan ambil tindakan serta merta. Dan dalam kes

 ini, bukan

 hanya yang memukul bersubahat pun kita ambil 

tindakan.

Tindakan diambil berdasarkan surat pekeliling khas

 bilangan

 8, tahun 2010 kerana mereka di bawah umur.

Walaupun empat pelajar itu sudah memohon maaf,

 namun

 menurut Datuk Dr Wee ia tidak boleh dikompromi

 dan 

hukuman mesti dikenakan.

Empat pelajar terbabit juga diwajibkan menghadiri

 sesi

 kaunseling selepas tamat tempoh gantung sekolah.

Kes buli itu sebelum ini tersebar luas di internet 

termasuk 

melalui 'YouTube'.

sumber berkhasiat kat sini


tak puas hati lagi ha korang tengok kat link yang aku bagi kat atas nie...tu sedutan yang kat berita tv3...
korang tau tak yang aku paling tak puas hati part yang nie ha...



Empat pelajar perempuan sebuah sekolah di ibunegara yang

 didapati  terbabit dalam kes buli digantung sekolah

 14 hari.



korang rasa patut ka budak2 tu just dapat denda macam tu???heiii cuba la korang buka mata sikit kan..ehh tak buka mata banyak2...budak yang kena buli tu still trauma lagi tau akibat daripada drg buat macam tu..
ingat orang tu tungguk kayu??
sesuka hati jer korang nak buat macam tu??
ibu bapa dorang pun agaknya buta kot..anak2 dah buat salah macam tu skali tapi dorang tak ambil kisah kot..
kalau aku lah jadi keluarga budak yang kena buli tu memang aku akan tuntutt keadilaan tau...
dah sah2 bukti dah ada....


cubalah kan pihak sekolah ambil la inisiatif agar tak jadi lagi benda macam ni kat sekolah..
jangan lah hanya berpeluk tubuh sahaja apabila berhadapan dengan kes sedemikian...
dimana letaknya tanggungjawab dorang...
aku harap kita sama2 la cegah perkara macam nie daripada berlaku lagi...
dan kepada budak2 kat luar sana tu.korang jangan nak buat hal macam nie...
datang ke sekolah buat macam nak blajar bukan datang kesekolah hanya nak tunjuk yang ko tu hebat sangat dah....


p/s : harap pihak yang berwajib dapat memberikan komitmen yang sepatutnya dalam kes sebegini....

No comments: