~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Wednesday, June 1, 2011

~ PENCERAIAN FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN???? ~

assalamualaikum..
hye just want 2 share something with u olls..

Perceraian ibu bapa faktor berlakunya penderaankanak- kanak, kata Heng
29th May, 2011
KUALA LUMPUR: Perceraian ibu bapa menjadi faktor utama berlakunya kes penderaan kanak-kanak yang menunjukkan trend peningkatan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.
“Perceraian yang tak diurus dengan baik akan memberi implikasi kepada kanak-kanak seperti berlakunya pengabaian, peminggiran dan penderaaan. Ini kerana pendera iaitu ibu atau bapa biasanya rasa tertekan dan melepas- kan geram mereka kepada anak-anak.
“Selain daripada itu, anak-anak menjadi mangsa perebutan antara ibu dan bapa dan keadaan akan menjadi lebih buruk lagi sekiranya pihak kedua-dua belah keluarga turut campur tangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kanak-kanak 2011 bertemakan ‘Suara Untuk Perubahan’, di sini kelmarin.
Kes penderaan kanak-kanak di negara ini yang dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyara- kat (JKM) pada tahun lepas meningkat kepada 2,961 kes berbanding 2,789 kes pada 2009.
Beliau berkata jumlah pasangan Muslim yang bercerai menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu 27,116 kes pada 2009 berbanding 22,289 kes pada tahun sebelumnya.
Jumlah kes perceraian pasangan bukan Muslim pula menunjukkan penurunan iaitu 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes pada tahun 2009, katanya.
“Walaubagaimanapun kita tak dapat nafi- kan bilangan ini adalah jumlah pasangan yang bercerai secara formal atau rasmi. Terdapat juga pasangan yang berpisah atau bercerai tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu tidak mendaftarkan perceraian berkenaan,” katanya.
Heng berkata kerajaan melalui kementerian itu telah mengambil inisiatif menggubal Dasar Keluarga Negara (DKN) pada Mac lepas bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini.
Katanya, DKN merupakan panduan utama kepada semua pihak supaya mengarusperdanakan perspektif keluarga dalam perundangan, dasar, prosedur, peraturan dan program pembangunan secara keseluruhan.
Forum sehari yang diadakan sempena Hari Keluarga Antarabangsa itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pertubuhan Kanak-kanak Bersatu Malaysia (UNCOM).
Ia membincangkan mengenai faktor-faktor penyumbang, cara-cara memahami keluarga yang menghadapi masalah penceraian serta peranan dan perkhidmatan yang diberikan agensi kerajaan mahupun swasta dalam membantu melindungi kanak-kanak.

sumber berkhasiat : ~ nEw sAbAh tImEs ~

No comments: