~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Tuesday, June 14, 2011

~ USTAZAH DITUDUH BERSUBAHAT???APA NAK JADI HA??~

assalamualaikum...

keadaan kunak yang mendung...
nak hujan ker???macam best tarik selimut tyme2 macam nie kan...
ok2 mari kita kembali ke tajuk asal...

USTAZAH DITUDUH BERSUBAHAT??????????

biar betol ustazah tu???hurm apa nak jadi dengan dunia sekarang nie,,macam2 isu timbul,,kalo stakat isu harga minyak masak naik lagi tak per jugak kan kiranya normal isu lah kan....
nie tak...asal jer buka berita online tak der lain yang menjadi isu hangat...kalo tak isu buang bayi,,kes samun..tak pun nie ha yang terbaru isu pasal ustazah yang dituduh bersubahat...
apa ka jadahnya nie????elooo kemon arr..

before aku dok crita dengan panjang lebar pasal isu nie meh kita baca petikan BERITA HARIAN nie....



Ustazah biar suami rogol anak 
didakwa Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2011/06/14

Ibu tutup mulut mangsa 
ketika 'dikerjakan' bapa tiri

KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke 

Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam 
atas tiga tuduhan bersubahat dengan 
suaminya mencabul dan merogol anak 
perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka,
 dua bulan lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak 
bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, 
Roszianayati Ahmad.

Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga 
memujuk mangsa sama dengan membenarkan s
uaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman 
mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak
 menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh 
dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil 
kira usia mangsa yang masih di bawah umur 
ketika kejadian selain menjaga keselamatan 
saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa 
dan anak-anak wanita itu.

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan 
terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan 
pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu 
dijalankan bersama dengan kes suaminya di 
hadapan hakim Manira Mohd Nor di 
Mahkamah Sesyen Ampang di sini.

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang 
bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah 
di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua
 dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa 
kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah 
dengan mencabul kehormatan mangsa, 
pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan 
jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira 
memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin
 walaupun beliau merayu supaya mahkamah 
membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan 
untuk menelefon penjamin.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan 
bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.

INFO: Pertuduhan 
  Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh 
anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun 
dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup 
mulut mangsa ketika dirogol suaminya yang 
dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, 
antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, pada April 2011. 

  Tuduhan kedua pula, dia dituduh bersubahat 
dengan suaminya menyuruh mangsa masuk bilik 
bapa tirinya itu, masa yang sama, pada 12 Mei 2011.

  Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu 
didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun 
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 
maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan.

  Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa 
mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

see....
betapalah tak masuk akalnya tindakan pompuan tu???
mana dia letak nilai keibuan dia erk????
ingat anak2 dia tu barang mainan ker????

heiiii....yang dia p tolong suami baru dia tu 
buat keja tak senonoh tu kat anak dia kenapa????
yang si suami nie pulak..ko da hilang akal ker?????
dah tak ingat dosa pahala lagi????
tak ingat dengan ALLAH???

cuba korang bayangkan perasaan si anak 
bila ibunya sendiri bersubahat merosakkan 
hidupnya???
hancur berkecai hatinya...
ibu yang selama nie membesarkan dan 
menjaga dorang tetiba bertindak sekejam itu...
ya memang kejam pada pandangan hati aku...
anak tu darah daging ko sendiri ok...
yang ko rosakkan hidup dia kenapa????

entah kat mana dia letak akal dan fikiran dia...
kot2 kat lutut...
patut lah tak dapat nak fikir dengan waras....
walaupun kes nie belum disahkan benar 
tapi aku memang dah tak puas hati 
bila dengar berita nie pagi tadik kat tv...
kalo betol la kes nie aku harap mereka2 tu 
akan diberikan hukuman yang setimpal...
dan ingatlah nie baru kat dunia...hukuman 
di akhirat lagi korang belum lepas.....

p/s : kesian dekat budak tu..mesti dia sedih 
dengan tindakan ibunya,,,

No comments: