~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Sunday, August 14, 2011

~ ANAK 14 TAHUN HAMIL?? ~

assalamualaikum..

macam-macam jer berita sekarang nie kan..kadang kala mengejutkan,,ada ketika lak mengerikan dan tak kurang juga yang memelikkan jiwa dan raga...

aku baru jer membaca berita2 kat myMetro then terbaca satu berita mengenai satu lagi kes rogol yang melibatkan BAPA TIRI...haiii heran lah orang zaman sekarang nie ntah letak kat mana akal dan fikiran dorang kan..tak ingat dosa pahala dah...berita yang aku baca tadik tu berlaku kat KENINGAU SABAH...seorang ibu terkejut bila mengetahui anaknya yang berusia 14 tahun disahkan hamil...dan lebih mengejutkan lagi bila mak dia tu tahu yang anak dia hamil hasil daripada benih suaminya sendiri iaitu bapa tiri kepada anaknya...

Masyaallah pelik la orang tu kan..hurm korang baca dulu berita nie ya..

KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin.
Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.
Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.
Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan dua.
Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu.
Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.
Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.
“Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.
“Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

ha baca tak...haii la manusia kat mana la korang letak akal dan fikiran korang...
lu pikir la sendiri kata nabil..opss...harap2 mereka dapat hukuman yang setimpal...
bagi mak2 kat umah tu sila la berikan perhatian pada anak2 korang..jangan biar mereka teraniaya sebegini rupa..

p/s : moga2 kita dijauhkan daripada hal2 sedemikian..amin...

4 comments:

ieyza afieyna said...

bapa berhati binatang tue. bila nafsu mnguasai diri mcm tue la jadi je. sian remaja tu..

lieya_idlia2307 said...

betol tu deq..ntah setan mana la yang ada kat kepala hotak orang tu kan

roq said...

hmmmm....jahanam masyarakat sekarang ni...haish.....

singgah2 la sini ye :)

lieya_idlia2307 said...

ehehe betol tu roq..nak kata tak pandai pikir pandai pula kan huhu tapi buat benda yang tak betol