~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Thursday, April 21, 2011

~ AKU TERPIKAT !!! ~

assalamualaikum...
mari kita sajikan mata kita dengan aneka makanan yang sememangnya tampak lazat dan lemak berkrim..
sila lap air liur korang yang dah terjatuh kat lantai...
kerana ini bukanlah sajian makanan hotel yang korang rasa macam nak bedal sampai esok lusa tapi
ini adalah gambar-gambar mengenai bangunan-bangunan yang sangatlah kreatif binaannya....

( meh terjah sampai terbatuk tanpa henti..)

The Burj al-Arab hotel in Dubai

Hydropolis, the world's first underwater hotel

The Burj Dubai

The Al Burj

The Trump International Hotel & Tower

dubai1 Nampak bumi ni bulat Dari Burj, Dubai
pemandangan dari atas burj dubai

wah memang sentap la kalau dapat tengok gambar-gambar nie..menarik sungguh..entah idea apa la yang ada dalam kepala otak arkitek diorang tu erk...gila engkau..teringin aku nak p DUBAI tau....

maklumat lain korang boleh baca kat site-site nie..


n banyak la lagi..rajin-rajinkan la diri anda mengoogle yer...hehehehh....dapat tau banyak maklumat nanti share dengan aku hehehhe....bye..

~ CERITERA AKU DAN UKUR ~

assalamualaikum....
" apa kabar orang-orang kampung "

wah rajin pula aku mengupdate blog aku hari nie kan?nak bagi tepukan sikit le..*sikit jer tok sah banyak kang kembang kempis pula hidung nie*nie merupakan entri aku yang kedua untuk hari ni after ENTRI ni..hope korang masih sudi la tatap belog aku nie untuk sajian lemak berkrim anda petang nie...heheheheh...

mesti ada yang dah kerut-kerut dahi dengan tajuk entri aku nie kan??ha jangan tipu...baik ngaku cepat sebelum aku up lagi jumlah entri aku hari ni...cehhhh...macam rajin sangat hahaha...ok untuk menghapuskan segala duka dan nestapa korang sume bio lah aku hebohkan maksud yang tersirat disebalik tabir jendela rumah  ~ CiK FyzA ~ ( opsss bukan2...jangan cuba nak selak tabir jendela dia hahahha.....)cik fyza nie adalah rakan blogger aku yang memang mereng ahaha..sekali lagi aku merapuh...terjahlah belog dia ya then follow..dia baik....*baik ker?*

ok mari kita lupakan sejenak pasal cik fyza tu..tu dah sah-sah lari dari tajuk...yang sebenarnya aku nak cerita mengenai kerjaya JURUUKUR BAHAN..bukan cerita pasal ukur baju raya ke apa erk...tu sume next entri aku cieter...korang tau tak juruukur bahan nie speses apa??tak tahu??ha sila geleng2 kepala anda dengan laju...

Go to fullsize image
cuba korang lukis tanda macam tu kat kepala korang.asenye cute tak?

before aku story dengan lebih mendalam lagi bek aku bagitau kat korang sume dulu...ekceli aku nie salah sorang daripada " budak-budak separa comel " yang amik kos nie tyme study...so boleh la cerita sikit-sikit..kalo banyak-banyak tu tak reti dah ahahah....*sia-sia aku diajar 3 tahun ahhha*..mula-mula aku melanjutkan pelajaran ke POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH,,aku tak der pun tau kos nie speses apakan...main redah jer...ni kak aku la punya pasal.ada ke patut dia p mohon kos tu untuk aku.....( padan muka aku sapa suruh tak isi permohonan sendiri..amik ko )

Go to fullsize image
ni logo dia arr.....

bila dah masuk mood-mood study tu barulah aku nie tahu pasal speses ni..penerangan demi penerangan diajukan...macam tak mo stop dah pensyarah tu..heheh...them mula la timbul minat yang sangat mendalam dalam diri aku dan kawan-kawan *tipu sikit heheh*so aku nak la kongsi dengan korang sedikit maklumat mengenai kerjaya nie..manalah tahukan ada adik2 kat luar sana yang berminat untuk mengambil bidang nie....

( mari-mari kita sama-sama kupas pastu makan..)

antara ciri-ciri yang korang perlu ada untuk amik kos nie ialah :
  1. Meminati profesion ini ~ minat tu penting..kalau dah tak minat macam mana nak ambil mood baik punyer time pensyarah dok nulis-nulis n leter-leter kat depan kelas kan?ha...
  2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan statistik ~ ni pun penting juga sebabnya bidang nie banyak melibatkan subjek-subjek nie...aku penah kena skali..ingat lagi masa tu kita orang baru jer nak berjinak-jinak kuda dengan subjek-subjek kos nie...masa kelas sains juruteknik kalo tak silap aku hehehhe...disoalnya aku dengan soalan matematik..tak ke serabut otak aku..dah la aku nie lembab subjek matematilk..*hishh wat malu aja..korang jangan jadi macam aku heheh*
  3. Mahir menggunakan komputer ~ time study tu aku tak der la didedahkan sangat dengan benda-benda nie..just kira by hand jer...tapi bila da kerja kena guna perisian tahu..jadi korang kena la juga alert pasal benda nie...jadi tak terpinga-pinga nanti.
  4. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa ~ aku suka yang ini...seyes rasa macam nak pecah jer kepala hotak aku...bayangkan la dah penat bekerja lepas tu balik rumah tak ble nak rehat pula kena siapkan kerja yang bos suruh bawa balik..naya2...tapi tula bila da pilih bidang nie korang kenalah sanggup korbankan masa korang.tak kira la masa tok apa skalipun...
  5. Boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan ~ ini penting sebab sewaktu projek sedang berjalan kemungkinan besar kita kena turun padang untuk lihat sendiri keadaan di tapak..bukan apa kot-kot la ada yang memerlukan perubahan ke apa ke jadi senang juga kerja kita kan..disamping tu kita kena juga tahu cara untuk usha harga-harga semasa dengan cara membuat survey..ha penyelidikan kan juga tu....


ok finish with ciri-ciri tu heheh sekarang mari kita kongsi pula mengenai tempat-tempat yang mungkin boleh korang lanjutkan pengajian dalam bidang nie...setelah aku buat survey-survey bersama encik google adalah sikit maklumat yang aku dapat...hurm tak banyak IPT-IPT yang menawarkan bidang nie..cuma separa bulat jer yang ada menawarkan kos nie dan antara IPT tu ialah :

  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • politeknik awam
  • ada juga universiti-universiti luar negara yang menawarkan bidang nie seperti di United Kingdom dan Australia.


cepat-cepat korang usha IPT di atas nie senang korang nak buat penilaian kan...yang bestnya bidang nie ialah kita bukan hanya kenal satu dua orang tapi kita boleh kenal dengan ramai orang dengan pelbagai bidang..kot-kot lah korang nak cari calon jurutera boleh cuba nasib kan ahhahaha.....orang-orang dalam bidang nie pemikiran diorang kreatif sikit tu yang best dapat kenal dengan dorang..tengok jer la bentuk-bentuk bangunan yang terhasil...kita pun secara tak langsung dapat bukakan pikiran kita hehhe.....


susah ke nak jadi juruukur bahan???bergantung pada orang tu la kalau dia minat ha senang la tapi kalau dia tak minat sangat agak susah juga la sebab yer la dah engkau tak minat buat apa nak sesakkan fikiran dengan kerja macam nie kan...so kalau nak tahu susah ke tak korang usha la dulu maklumat yang mungkin tak pun korang pegi apply keja nie ehehhe...

ok stop melalut..aku dah penat dah nak taip-taip...apa pun korang cuba terjah BLOG NI.banyak info sal speses juruukur bahan nie yang depa bagitaw...selamat mencuba!!!

p/s : aku nie nak kata tak minat tu dak juga la,,aku minat apa sebab tu aku terjah bidang nie dengan hanya berbekalkan sedikit kesungguhan yang seterusnya meningkat menjadi gunung hahahah.....teringin pegi DUBAI..kat sana bangunan2 dia menarik...*bila lah aku dapat p?*




~ REGATTA LEPA ~

assalamualaikum..
apa kabar sume orang-orang kampung hari nie sihat ke?

" REGATTA LEPA "


hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang semua mengenai satu pesta yang agak popular  dikalangan rakyat Sabah..nak tahu apa?ha tu cuba usha sikit gambar kat atas tu...kot-kot lah ada muka tak comel korang TERenterprem kat situ heheheh....

semalam bersamaan dengan 20.APIL.2011,aku pi la menyibukkan diri ikot ngan mama aku jenjalan g Semporna..(Semporna?kat mana tu?nak tau?meh aku bagi tunjuk kat korang peta Sabah ok )


Malaysia Map - Map.com.my - Peta Negeri Sabah, Malaysia
( dah tau kan Semporna tu kat mana?heheh )

nak dijadikan cerita sampai jer kami kat sana...fuhh!!!memang jem giler pekan dia...bukan jer jem kenderaan tapi juga jem ORANG...ye la dah nak dekat sambutan LEPA gtu lah keadaannya...semua orang berpusu-pusu tayang muka...hahah...meriah sungguh pekan tu...
sempat juga lah aku TAKE PIC...tapi tak der la banyak mana dah tu tak der la juga cantik mana pic tu..ala kadar jer...*tapi tak mo la tayang kat cnie hahah...**

eh..berjela-jela la pula crita merapuh aku nie...mesti ada yang berasap-asap dah tunggu aku start dengan tajuk aku tu....ok2 sorry orang-orang kampung TERlajak cerita aku...
*betukarr!!! back to normal*

REGATTA LEPA nie merupakan satu pesta yang mana dah menjadi satu tradisi bagi suku kaum bajau di Semporna...bila tiba bulan APRIL pasti pelbagai persiapan yang dorang buat untuk menyambut pesta nie..LEPA ni bermaksud "bot" bagi suku kaum bajau..lepa nie juga dihasilkan oleh mereka sendiri..dengan bakat seni pertukangan yang ada pada mereka maka terhasillah

View Image

bot-bot yang cantik dan indah macam kat dalam gambar diatas nie....nak usha lebih banyak pic macam?meh rajinkan jari-jari mungil anda untuk KELIK DENGAN COMEL kat sini
bot-bot nie bukan sahaja digunakan untuk tujuan pesta nie tapi ia juga digunakan untuk menjalani aktiviti-aktivi seharian mereka seperti menangkap ikan dan juga sebagai kenderaan harian mereka..ha jangan ada yang tak tahu bahawasanya kat semporna laluan yang sering mereka gunakan adalah laluan air..so kalo nak ke sesebuah tempat tu kenalah naik bot nie..biasanya mereka bertapak dikawasan pasar ikan kat pekan Semporna tu..
View Image
gnie la keadaan ketika menunggu penumpang bot...

selain menjadi satu tradisi bagi mereka PESTA REGATTA LEPA ni juga menjadi "batu loncatan" untuk mereka khususnya kaum bajau,untuk memperkenalkan kepada dunia tentang budaya dan tradisi mereka...biar tak lapuk dek dimakan semut..eh usia hehehe....memang meriah pesta nie,,bukan jer penduduk Sabah tapi semenangjung Malaysia pun banyak yang berkunjung....om puteh pun ramai juga...dan disebabkan itulah pesta nie telah dimasukkan dalam rekod PESTA AIR MALAYSIA...gempak gtu...sepanjang laluan menuju ke pekan Semporna nie mata sepet kita pasti akan dipukau-pukau oleh keindahan warna warni SAMBULAYANG....benda nie merupakan lambang kaum bajau hehe...its like a flag....waktu majlis kahwin pun sambulayang nie pasti akan terpacak indah depan rumah pengantin....

banyak lagi lah mengenai REGETTA LEPA nie yang boleh kita kupas pastu potong-potong macam buah tembikai..yummmyyyy sedap hingga menjilat jari...kalau nak tahu lebih lanjut KELIK LAH SINI macam-macam korang boleh tahu...everything inside hehe.....

before aku menamatkan kisah nie meh aku sajikan korang sikit dengan santapan berguna lagi lemak berkrim....

LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.
Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.
sumber berkhasiat : SABAH

see...siti nurhaliza pun tak ketinggalan untuk mempelajari tarian suku kaum bajau nie...

p/s : enjoy ur LEPA-LEPA!!! 22.april.2011 sampai  24.april.2011....kalo aku tak silap ler...so mari kita ramai2 meriahkan pesta nie.....