~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Wednesday, May 11, 2011

~ BAYI 1 BADAN DUA KEPALA?? ~

assalamualaikum...

betapa istimewanya ciptaan yang esa...
mari kita baca petikan ~ mY mEtro ~ yang baru sebentar tadi aku baca..
jom2...

sebelum tu meh aku bagi tengok kat korang gambar bayi tersebut..
JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.
kesiannya bayi nie kan...tapi itulah kebesaran yang esa...bila DIA mengkehendaki macam tu macam tu la jadinya...


BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.
Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.


Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.


Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.


Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.



“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya.



Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.


Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.



Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.


Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.



Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.



Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.


Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi

ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat  masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam.
ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam.

p/s : moga2 bayi2 nie akan terus hidup normal amin...

~ JOM SHOPPING SAMPAI KOMA ~

assalamualaikum sume...

hye2..aku still dok menghadap laptop yang bukan milik aku nie..
tetttttt ianya adalah milik mutlak adik aku..
saja aku pinjam dan buat macam hak milik kekal..sebabnya adalah
laptop kesayangan aku dah kena curi....huwaaaaa saya nak nangis kuat2....
hantak-hantak kaki juak....
huwaaa.....mama nak laptop baru..nak yang keluaran " apple "
*wahh ngada nak mamposss..gila nak keluaran tu..ingat harga dia macam sejibik buah apple kat pasar ker?*

Go to fullsize image
pergghhh mintak yang nie boleh???boleh la...
** telan liur banyak2...bila la baru dapat nie erk? **

wowww...saya dah melalut terlalu jauh..
sehingga berbatu2 jauhnya ke bangladeshhh....

ok meh aku ajak korang untuk sama2 menerjah satu blog yang aku baru jumpa tadik hehehe
ekceli blog nie kepunyaan ~ kAk lIzAh ~...akak nie baru jer follow blog aku..
ngehhh tq erk akak sudi follow blog aku yang melalut tahap gaban nie...
blog akak nie merupakan blogshop untuk pakaian baby..
sweet..baju2 dia memang cute...cehh macam dah teringin aku ada anak bila tengok blog tu....
meh kita usha sikit apa yang ada kat blog kak liza nie




Model kecil ku
ok yang nie tak dijual erk..yang nie anak kak liza..comelkan???mata dia besauuu...likee...
cubit pp sikit boleh??

ok nampak tak pic yang aku lekat kat atas tadi tu?ha tu sebahagian daripada baju2 yang kak liza jual..
aku saja tak letak lagi banyak sebab aku nak korang sendiri pergi terjah blog tu...
mana2 yang berkenan tu cepat2 la buat tempahan
takut nant ada yang terpaksa gigit jari kaki sebab tak dapat baju yang diharapkan...

dahhh..meh kita sama2 terjah blog akak nie
mehh sume kelik dengan sopan LINK nie yer...
jangan segan2..korang buat macam blog korang sendiri ok...

p/s : daaa slamat bershopping sampai koma...

~ AISKRIM BATANG?? ~

assalamualaikum...

eh..eh..tak sedar dah petang rupanya...ehehe
seyes memang tak prasan yang hari dah petang ahhaha...sibuk dengan main game...
macam tu la bila keboringan dan kebosanan melanda diri kan...
kalo korang lak macam mana????

hurm nak yang tu boleh???
boleh-boleh..ko nak brapa?seringgit??
apaaa???dua hengget??
ko makan ker ko buat mandi??
hahhaha ok aku just nak crita ngan korang pasal satu menda nie..rasanya semuapun penah jumpa menda nie..
tipu la bila korang kata tak penah,,,
sumpah aku tak penah nampak benda nie..nie la first time dalam hidup aku...
perggghhhh ayat yang memang nak kena penampar sejibik...

entri aku kali nie aku dapat ilham dari facebook my fren..
ala ~ Cik mZ ~ nie..ngehhh....
nampak jer post dia tetiba aku dapat ilham nak tulis kat blog aku nie....tq yer ~ CiK Mz ~
oklah tanpa berlengah lagi meh kita tengok pic kat bawah nie..rasanya korang kenal tak??

nie ais,,korang kenal tak???
kalo kat tempat aku ais nie kami bagi nama ais seposen...
tapi ada juga yang gelar ais nie sebagai ais " kindi "
eh betol ker aku tulis tu erk?hahhahah betol la kot.....
ais macam nie memang jarang da kita jumpa sekarang nie...yer lah kan dunia dah semakin moden..
anak2 kecik skrg kalo kita tanya nak ais apa mesti dorang kata nak ais krim cornetto la,,kit kat la..dan macam2 lagi la jenis ais yang ada kat peti sejuk kedai kak limah tu....

Go to fullsize image

Go to fullsize image

Go to fullsize image
yeahh nie ice cream kenangan...ngehhhh...

dorang sume nie memang dah moden sangat dah pun..mana ler laku kat dorang ais yang macam kat atas tadi tu...lagi pula ais seposen tu selalunya hanya dijual di kedai2 runcit kat kampung2 jer...dan disebabkan harga bahan mentah sekarang nie makin melambung...ais tu tak dijual dengan harga seposen lagi da..tapi dengan harga dua posen...

mak aiii dah arr dua posen kecik pulak tu..kalo dulu seposen pastu besar dan panjang lagi...
macik2 ais sekarang nie kedekut sangat...ngehhhh....
ais seposen nie dibuat dengan pelbagai rasa...ada rasa milo,oren,asam...dan macam2 lagi la..
ikot kesukaan orang ramai ler....

Go to fullsize image
ha nie la rupa dia ais asam tu..sedappp....
macik ku lak slalu buat ais rasa kacang....
kalau nak banding ais nie dengan ais2 krim yang ada sekarang nie memang jauh beza la..
dari segi harga jer da berbeza kan...

kat sekolah2 rendah masih ada tau jual ais seposen ni..
budak2 dok berebut beli...hehehhe..
teringat pula zaman masih skolah rendah lagi...ais nie memang fofularr...

tapi tu lah kan...semakin maju dunia sekarang...ais macam nie dah tak brapa nak di komersial kan sangat...
takot tak dapat keuntungan yang berganda kot...
tapi kot2 la korang kat luar sana ada yang rasa2 nak cuba nasib tok komersialkan ais nie cuba la...
sapa tau kan korang bakal bergelar usahawan ais yang berjaya....
wahhh..aminnnnn.....

p/s : ais seposen lagi sedap kot..murah dah tu tak der bahan pengawet lagi..meh2...ambik ais nie sorang satu...