~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Wednesday, August 10, 2011

~ TERSEPIT LUBANG TANDAS ~

assalamualaikum...

korang ada baca tak berita kat MYMETRO???ala pasal sorang warga emas yang tersepit kat lubang tandas tu...ha bagi yang blum baca lagi meh kita sama2 baca berita tu

..................................................................................................................

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas terpaksa menanggung kesakitan hampir setengah jam selepas kakinya terjerumus lalu tersangkut ke dalam lubang mangkuk tandas di rumahnya di Pekan Kuala Sungga, Tebong, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kaki V Samala, 97, dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat yang tiba selepas dihubungi.

Cucu mangsa, P Ramesh, 40, berkata, ketika kejadian, semua ahli keluarga tidur dan dikejutkan dengan suara meminta tolong oleh neneknya.

“Kami semua terjaga lalu bergegas ke arah suara itu dan terkejut mendapati nenek terduduk di dalam tandas dan memberitahu kakinya tidak dapat dikeluarkan.

“Saya cuba mengeluarkan kaki nenek yang tersepit namun gagal lalu mengambil keputusan menghubungi pasukan bomba dan penyelamat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, bomba yang datang tidak lama selepas dihubungi berjaya mengeluarkan kaki neneknya dalam masa beberapa minit.

Ramesh berkata, neneknya mempunyai penglihatan kabur dipercayai bangun membuang air kecil sebelum kakinya terjerumus ke dalam lubang tandas.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah, Ho Yew Meng, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.05 pagi dan bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja menyelamat.

“Kami menggunakan kaedah minyak masak dan sabun supaya kaki wanita itu mengecut bagi memudahkan ia dikeluarkan.

“Kaki mangsa dikeluarkan dalam masa kira-kira lima minit dan dia hanya cedera ringan di kakinya yang tersangkut,” katanya.

~ MERCUN OH MERCUN ~

assalamualaikum...

View Image

haa sapa yang tak tau apa tu mercun???sila angkat kening dengan kadar yang lebih pantas dari kebiasaannya...tipulah kan kalo di zaman ini masih ada yang tak kenal dengan menatang MERCUN nie..sebabnya menatang nie dah wujud sejak berabad yang lalu...tapi mercun-mercun abad ini tak der la sama dengan mercun dahulu kala,,kalo dahulu kala mercun dia kiranya masih ble trima dek akal lagi la heheh..bunyi pun still dalam mood sedap telinga mendengar tapiiiiiiii sekarang bunyi dia memang sumbang mambang..menyakitkan telinga ok...
View Image
tengok...atok nie pun dah tutup telinga dia sebab tak tahan dengan bunyi bising tatkala mercun dimain kan oleh kanak-kanak yang terlebih riang miahahahha...

tapikan siyes nak kata memang rasa macam nak bagi penampar sejibik kat bebudak yang men mercun nie..dorang tak pilih tempat pun..tu yang kin panasss tu..kalo stakat men bunga api macam dulu2 tu ok ler kan..

View Image

nie mercun ok lagi..comell jer bila main tapi kalo yang bunyi macam perang tu memang tak ble tahan dah..

Go to fullsize image
makk oiiii punya besar meriam buluh dia kan..agak2nya bunyi meriam buluh nie boleh dengar sampai zimbabwe kot...

hurm nie la kan bebudak zaman sekarang nie dorang bukan nak amik kisah sangat tentang bahaya mercun nie..apa yang dorang tau hanya keseronokan..ekceli bukan tak tau tentang bahayanya mercun tu..dorang tahu tapi saja buat2 tak tahu..haa yang terbaru kes kat JOHOR BHARU tu..disebabkan budak tu cuba nak tunjuk hebat dengan menghasilkan mercun sendiri akhirnya dia telah mengalami kecederaan pada 4 jari tangan kirinya...kan dah kata bahaya...

kat sini aku nak share sikit ngan korang sume sedikit fakta mengenai mercun..hurm kalo nak kongsi tentang bahaya mercun tu rasanya tak payah kongsi pun korang sume dah sedia maklum kan..heheh..ok..cuba usha kat bawah nie yer...

apa itu mercun???


mercun merupakan sejenis perkakas letupan kecil yang direka untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat. sebagai contoh dalam bentuk dentuman kuat..mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan lonsongan kertas yang sangat tebal supaya dapat menampung letupan besar.mercun dipercayai berasal dari CHINA

budaya mercun??
~ digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan seperti hari kemerdekaan,hari raya,deepavali dan tahun baru cina
~ juga digunakan oleh masyarakat Vietnam sempena pesta Tet 
~ mercun kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah

PENGHARAMAN MERCUN !!!

Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.
Di Malaysiapembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri sepertimeriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.
Di Singapura, larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain.[1] Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang[2] serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972.[3] Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di Chinatown, mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.

ha dah habis baca???ok gud..so kita kenalah alert mengenai benda nie kan..setidaknya kita tahu serba sedikit mengenai mercun..jangan asyik nak main jer..bila dah hilang jari baru sibuk nak tahu pasal mercun...

p/s : walaupun raya nie dah dekat n tyme ni la bebudak dok sibuk men mercun tapi para ibu dan bapa silalah kawal anak2 anda yer jangan sampai terjadi something yang tak diingini...