~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Tuesday, April 27, 2010

" perlukah hati ini menangis sedih ?"

masa terus berlalu
tapi mengapa hati ni masih lagi terkenang pada kenangan nya?
apa hati ini perlu meratapi kesedihan aty?
atau haty ini perlu mencari ketenangan baru?
aku keliru diantara kenangan lalu dan kasih ku

sesekali aku juga ingin bahagia
aku juga ingin ketawa tatkala haty di uji kemurungan
aku juga insan biasa
punya hati dan perasaan
ingin bahagia dan ingin gembira..

tapi mengapa dirimu dan kenangan mu
seringkali hadir bila aku cuba menyayangi insan lain?
mengapa dirimu tidak melepaskan aku walaupun hati mu 
tidak lagi menyayangi ku?
aku keliru..
aku cuba melupakan setiap kenangan 
aku cuba menerima perpisahan kita
mungkin suratan telah menentukan 
kau dan aku bukan untuk bersatu
namun setiap langkah aku mencuba
setiap langkah itu juga kau hadir

hanya satu pinta ku
andai engkau tidak lagi 
menyayangi diri ini dan kenangan antara kita
bebaskan lah aku dari bebanan perasaan ini

aku tidak ingin lagi menangis kerana mu
dan aku tak ingin lagi melukai hati ku kerana mu
bagi aku kau adalah kenangan ku
kenangan yang tak mungkin aku lupakan
tetapi mengertilah bahawa
aku juga ingin bahagia
aku juga ingin disayangi dan menyayangi
berilah aku kesempatan itu untuk merasakan semua kebahagiaan ini
tanpa ingatan pada mu dan kenangan mu walau untuk sesaat..

perlukah hati ini menangis sedih?
aku keliru..
jauhi aku dan kenangan ku andai 
dirimu tidak lagi menyayangi ku....


gR33n_@ppl3



Thursday, April 8, 2010

" manisnya cinta,pahitnya terasa hanya bila terluka "

besarnya makna cinta,
betapa berertinya makna sebuah perasaan
betapa bermaknanya erti sebuah pengertian dalam hubungan..
saat dan tika itu
dia lah yang terbaik.
dialah pengubat lara dan duka..
dialah juga yang bisa memberi seri d wajah ini..

saat manisnya terasa
seakan dunia penuh dengan cahaya kebahagian..
dunia penuh dengan cahaya ketenangan..
begitu besar penangan 
cinta..
begitu besar pujukan cinta dalam melamar 
hati sang perindu..

tapi andai kasih bersulamkan dusta,
andai pengorbanan berlandaskan pandangan semata,
musnahlah impian dan harapan..

saat dan tika itu
pahit pasti terasa jua akhirnya..
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..
walau hati tidak setabah Zulaikha,
walau hati tidak segagah impian taj mahal..
namun hidup perlu diteruskan..
cinta datang dan pergi..
adakalanya perginya meninggalkan saat termanis untuk dikenang
dan adakalanya perginya juga meninggalkan saat terpahit dalam kehidupan..

namun..
cinta itu anugerah terindah..
semanis apa pun iya...
tetap harus dikenang..
dan
sepahit apapun iya
iya tetap sebuah kenangan...
setidaknya
dia juga pernah buat kita bahagia..
.......


lot of luv
idlia_2307