~ FolLoW mE ~

~ SWeet Fren IS nEvEr End ~

Tuesday, April 27, 2010

" perlukah hati ini menangis sedih ?"

masa terus berlalu
tapi mengapa hati ni masih lagi terkenang pada kenangan nya?
apa hati ini perlu meratapi kesedihan aty?
atau haty ini perlu mencari ketenangan baru?
aku keliru diantara kenangan lalu dan kasih ku

sesekali aku juga ingin bahagia
aku juga ingin ketawa tatkala haty di uji kemurungan
aku juga insan biasa
punya hati dan perasaan
ingin bahagia dan ingin gembira..

tapi mengapa dirimu dan kenangan mu
seringkali hadir bila aku cuba menyayangi insan lain?
mengapa dirimu tidak melepaskan aku walaupun hati mu 
tidak lagi menyayangi ku?
aku keliru..
aku cuba melupakan setiap kenangan 
aku cuba menerima perpisahan kita
mungkin suratan telah menentukan 
kau dan aku bukan untuk bersatu
namun setiap langkah aku mencuba
setiap langkah itu juga kau hadir

hanya satu pinta ku
andai engkau tidak lagi 
menyayangi diri ini dan kenangan antara kita
bebaskan lah aku dari bebanan perasaan ini

aku tidak ingin lagi menangis kerana mu
dan aku tak ingin lagi melukai hati ku kerana mu
bagi aku kau adalah kenangan ku
kenangan yang tak mungkin aku lupakan
tetapi mengertilah bahawa
aku juga ingin bahagia
aku juga ingin disayangi dan menyayangi
berilah aku kesempatan itu untuk merasakan semua kebahagiaan ini
tanpa ingatan pada mu dan kenangan mu walau untuk sesaat..

perlukah hati ini menangis sedih?
aku keliru..
jauhi aku dan kenangan ku andai 
dirimu tidak lagi menyayangi ku....


gR33n_@ppl3



1 comment:

lieya_idlia2307 said...

hurmmm aty nie rasa tak slesa