lumrahnya hidup..
tak slamanya yang indah itu indah..
namun tak selamanya juga yang pahit itu akan terus pahit ke akhirnya..
masih segar kenangan itu..
seakan bermain-main di kelopak mata..
saat mata cuba dipejamkan..sepantas kilat detik itu menerjah ke sanubari ku..
kadang bila detik indah yang terkenang
aq mula tersenyum sendri
dan
bila saat sedih mula menerobos masuk dalam angan itu..
mata ku mula berkaca..
entah dari mana datang nya air hangat itu..
tanpa segan dan silu nya cuba menjelajah setiap inci raut wajah ku...hati mula di paut kerinduan yang teramat sangat...
mata yang tertutup aq gagahi untuk melihat sinaran mentari terik..
indahnya pelangi..warnanya melenyapkan seketika perasaan gusar d hati..
entah dari mana aq peroleh kekuatan itu..seakan ada bayu yang berbisik,,seakan ada denai yang bernyanyi..
indah bait kata kata itu..terasa merdu menusuk kalbu ..
" sayang andai suatu masa nanti ibu tidak lagi di sisi..
kuat kan la hati mu menempuhi onak dan ranjau kehidupan..
jangan pernah mengalah..
bila engkau merasa jauh dekat kan la hati mu pada NYA..
DIA pasti memberikan mu yang terbaik..
jangan pernah sesal dengan jalan takdirnya namun jangan pula terus mengharap takdir itu begitu sahaja..usaha la nak..selagi dirimu mampu mengubah takdir itu usahalah..dan seandainya ia telah sampai ke akhirnya..berdoa dan memohon lah padaNYA..
"seketika aku tergamam mengenang kembali
setiap bait kata yang terucap dari bibir halusnya..
indah saat dia d sisi..YA ALLAH kenapa ujian itu yang ku terima..air mata mula menjalankan tugasnya..
mengalir dan terus mengalir tanpa henti..
bayu yang bertiup tidak lagi terasa
dan
denai yang berbisik tidak lagi kedengaran..
yang ada hanya la sedu dan air mata..pada saat aq tidak ingin berhenti melagukan tangis..tangan yang kasar menyentuh lembut bahu ini..lantas ia bersuara
" nak jika derita itu adalah hidupmu maka berjuang lah agar hidupmu tidak lagi derita..
yakin pada takdirNYA anak ku..
pasti DIA telah menetapkan yang terbaik untuk mu..
dia mengambil harta yang paling berharga dari hidupmu bukan kerna DIA membenci mu tapi DIA yakin yang anak ayah cekal pada laluan takdirnya...
begitu tragis perjalanan kehidupan..
kadang tanpa kita sedari kita mula lupa untuk menhargai insan di sisi dan hanya bila tiba masa kita kehilangan nya baru la kita mula mencari sinar di raut wajah nya....
No comments:
Post a Comment